apa bezanya di antara ketiga-tiga perkataan ni? rujukan kamus dewan edisi ketiga menemukan jawapan sebagaimana berikut:-
KAWAN : 1. kumpulan binatang (spt kambing, lembu dll); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2. sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~ nya berkelah di tepi pantai. 3. sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (spt pinang, gambir dll). 4. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat.
SAHABAT : 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi;~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja;
TEMAN : 1. kawan, handai, sahabat, taulan: mengapa sendirian pula, tiada ~, tiada rakan; 2. orang yg bersama-sama melakukan sesuatu, lawan bercakap-cakap (bermain dsb): ~ bercakap; 3. sesuatu sbg pelengkap, jodoh, kawan: buah pinang dimakan orang jadi ~ sirih; 4. Pr ganti diri yg pertama, saya, aku;~ hidup orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); ~ sejawat kawan sekerja; ~ tetangga jiran; ~ tidur orang yg dijadikan kawan tidur; usahlah ~ dimandikan pagi prb janganlah terlalu memuji-muji;
dalam pengertian bagi satu-satu perkataan, ada dimasukkan dua perkataan yang lainnya. seolah-olah ketiga-tiganya membawa makna yang satu. pengertian umumnya boleh diri satukan sebagai ‘orang yang bersama-sama melakukan sesuatu.‘ my two cent understanding pula menokok pengertian di antara ketiga-tiga perkataan itu mengikut darjah kemesraan dengan kita. sudah tentu sahabat menduduki tangga pertama di dalam carta dekatnya, mesranya, dan rapatnya dengan kita. namun begitu adanya, teman pula jika dilihat dari perspektif ‘orang yang bersama-sama melakukan sesuatu’ sepatutnya menduduki tangga ke sifar di dalam carta tadi kerana ia sentiasa ada bersama-sama kita (menemani). barulah tepat tujuan ‘bersama-sama’ itu. di mana pula signifikannya perkataan kawan?
bukan sengaja mencelarukan fikiran dengan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan. hanya kebiasaan itu menyebabkan kita sentiasa take it for granted walaupun di dalam hal yang remeh temeh begini. di dalam kehidupan seharian, selalunya di petak pertama proses perhubungan itu bermula sebagai kawan. bila keserasian mengambil tempat, ia bertukar menjadi sahabat yang akan sentiasa menemani kita dalam tebakan kita menyelusuri masa dan kehidupan. sesetengah sahabat bertukar status kepada sehidup semati (jodoh) dengan lafaz dan akad (hanya yang berlainan jantinanya). sesetengahnya pula bertukar menjadi seteru hanya kerana terdengar salah seru.
bulan kelima ini menyaksikan ramai kawan diri telah menemui sahabat-teman mereka. lafaz dan akad bertukar-tukar di sana sini. terkejar-kejar diri ke serata negeri bagi menyaksikan langsung acara gilang gemilangnya pengisytiharan perkara bina-masjid atau ikut-sunnah ini. tahniah diri ucapkan. gembira, dengki, cemburu, seronok berbaur dalam satu.
sebelum bulan lima pula, diri ‘kehilangan’ seorang kawan (ala.. akademi blogosfera tu). pada diri, kawan bermula dengan satu kesamaan. tak kira apa persamaan itu, mungkin disebabkan oleh satu pertemuan, satu majlis, satu kenalan… yang menjadi penyebab dua individu dari dua ruang berbeza bertemu pada satu ruang pada satu masa. ibarat seutas tali yang baru yang menghubung di antara keduanya. tetapi, perbezaan di antara keduanya yang memesrakan mereka. yelah, ‘orang yang BERSAMA-SAMA melakukan sesuatu’! perbezaan menyebabkan mereka menjadi mesra melalui banyak aktiviti. bertelagah, berbincang, bergaduh tetapi jika kita memahami adabul ikhtilaf, adab berbeza pendapat iaitu tiada betul salahnya pendapat, tetapi fakta di dalam pendapat itu yang ada betul salahnya sudah tentu perselisihan faham dilihat sebagai sebahagian kecil proses memesrakan di antara kita. jika ikhlas per’kawan+sahabat-teman’an pasti perselisihan itu malah gurauan kasar tidak akan dirajukkan. sebaliknya dirindui… tetapi jika sebaliknya, tali tadi akan terputus dan kalaupun ia disambung semula… jadilah ia simpulan yang mencacatkan perhubungan itu.
kata diri: jika kau lihat diriku resah, lemparkanlah senyum dan madah…